My Photo
Name:
Location: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!

Sunday, March 09, 2008

Menongkah arus. Heart and arrow.

Kuda batu berdiri kaku, mata nya memandang kosong kehadapan. Ah..dia sememangnya buta, aku terkenang sebuah lagu nasyid yang agak terkenal disuatu masa dulu 'mata melihat seperti buta, tiada daya tiada upaya melainkan tuhan yang maha esa'. 'Mereka' memandang kaku dengan harapan ianya adalah sebuah mimpi ngeri tapi apakan daya ianya adalah satu ketentuan dari rakyat Malaysia. Aku memandang kesemua ini dengan hati yang agak sedih becampur suka dan rasa puas hati.
Aku bersedih kerana dia yang aku harapkan sebagai pengganti yang ulung, dalam kegelutan untuk melenyapkan saki baki tinggalan penyokong 'Tuan nombor satu' yang terdahulu, telah memandang ringan akan kebolehan musuh ,'anak siapa pakai kerudung?, mata melirik kaki tersandung!' aku gembira kerana hajat ku untuk melihat penunggang kuda batu jatuh tersungkur telah pun termakbul, syukur alhamdulillah! Aku bukan seorang pengganas yang akan meletupkan diri kerana tidak puas hati, aku rakyat Malaysia yang percaya pada sistem demokrasi!
Adakah akan ada perubahan seperti yang dijanjikan? Aku sentiasa berharap keadaan akan jadi lebih bagus tetapi itu mungkin akan tinggal harapan! Aku percaya 'Tuan nombor satu' akan membalas rasa sakit nya dengan menghukum mereka yang 'engkar'! Bersedialah untuk menerima hukuman anda!

Selepas mengundi aku dan Ina telah pergi window shopping di Seremban 2.Tujuan aku hanyalah untuk mengetahui harga dan nilai batu permata berlian yang ada di pasaran sekarang ini. Hampir kesemuanya menjual batu Berlian dari Afrika Selatan, dengan gaya potongan 'brilliance - heart and arrow'. Memang cantik gaya potongan 'heart and arrow tu! Aku cuma berhajat untuk membeli skop kanta untuk melihat potongan 'heart and arrow' tersebut bukan untuk membeli batu berlian! Tidak ada seorang juru jual pun yang nak jualkan skop itu kepada aku! Aku telah membuat tawaran kepada seorang jurujual wanita untuk menjadi 'pembeli' barangan untuk aku, dia tidak berminat. Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi 'pembeli' atau 'purchaser' batu permata seperti berlian, delima, nilam dan opal untuk aku ?
Aku berhajat untuk pergi ke Banjar masin - Banjar baru - Martapura di Kalimantan. Saja jalan jalan sambil melihat batu permata yang ditawarkan disana. Masalah paling besar sekarang ini adalah untuk menguruskan perjalanan atau penerbangan kesana. Ada sesiapa yang tahu? Ada sesiapa yang nak ikut pergi? Ada kenalan yang mencadangkan supaya aku ambil penerbangan dari Tanjung Balai atau Pekan Baru di Sumatra untuk perjalanan ini. Aku masih mencari jalan nya, aduh..bagaeimana yah ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home