Jarum Emas

My Photo
Name:
Location: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!

Monday, May 08, 2006

Mata..





dari kerana mata..
yang mempunyai kuasa..
oo..aku tergoda..
aku tergoda terkecewa..
dari kerana mata..
(R.Azmi ?)

Air bunga Ros..kopi..tuak..nira dan gula..


Sabtu lepas aku pergi pasar malam kat pekan PD..sebenarnaya aku nak pergi bank..kena melintas kawasan pasar malam..on the way back aku singgah melihat apek dan nyonya jual minuman dari bunga-bunga kering..kesemuanya tulis Mandarin..Diana ngan Norzan pun tak ada..Mandarin budak-budak tu masih bagus lagi..aku beli bunga tah apa entah..dan bawak balik..Ina tanya.."apasal you beli bunga rose kering ni dear ..?" "la..bunga ros ka..I tak tau..tapi I dah rasa masa depa bagi test tadi..sedap dan wangi..!cuba kita buat teh tengok dulu.." kami minum teh bunga Ros tu..ngam betul la rasa dan bau dia..lagi sedap dari teh Ahmad..Bulan sudah aku beli Alicafe..o.k jugak la..tapi aku tetap suka kopi adunan jenama 434..dia orang pakai biji kopi Robusta..kalau dia orang tukar pakai Arabica..mungkin aku akan berhenti beli..aku tak suka rasa Arabica..Nenek aku selalu tumbuk kopi sendiri..kami pakai robusta..benih asal dari Jawa..nenek aku ada beberapa pokok..ngam..aku suka makan buah kopi masak..ngam...ho..biskut rendam kopi o..Bulan 10 tahun sudah kami ada gi Pulau Duyong..kami beli "tuak kelapa"..sebenarnya nira kelapa..takut gak aku..ingat kan todi..Ina tanya "betul ke ini bukan todi? macam mana you kenal?" "Pengalaman..".
Rasa dia lebihkurang macam nira nipah tetapi ada after taste 'kelat' selepas di minum..nira nipah lebih smooth..Shida tak suka nira..aku dan Ina crazy about nira..Semasa aku di Riau..kawasan pokok nipahnya..entah selepas beberapa jam perjalanan dengan speed boat..masih belum habis lagi..dan mereka disini tidak cukup gula..aku tanya depa ..awat hangpa tak buat gula nipah..?waduh pak..mana bisa..?Betui kan mana bisa atau hangpa yang tak tau..? Kalau tak mau buat gula nipah ..buat lah gula kelapa..Memang lah berbeza dengan gula pasir dari tebu..itu sebabnya gula tu telah di kristalkan dan di polish..
"Sayang nya Riau..
sumbernya banyak..
akal tak ada.."
atau..usaha nya yang tak ada..?

Jarum Emas..cengkih padang..



Emak aku selalu gunakan cengkih padang didalam ramuan ubat herba untuk perempuan yang baru bersalin..aku tanya emak..kenapa kena buboh cengkih padang..mak kata..untuk bagi kecut peranakan..aku percaya jer..tapi bila aku tanya abang mak..(dah aruah dah..)..dia kata bukan..hang tanya mak hang lagi..aku pun tanya lagi..mak kata..memang lah bukan itu..ianya untuk mengetatkan rongga-rongga yang longgar..la..awat tak habark awai-awai.."mak segan la nak cerita.." "..cengkih padang takat mak tau..tak dak ubat atau guna lain..di kedai sinseh depa panggil Jarum Emas.."
Secekak erat cengkih padang..masukkan dalam bekas, siramkan air panas..minum macam teh..dah teringat ni..nanti aku minta mem buat dan minum..rumput jer..