My Photo
Name:
Location: Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Born in 1962, reborn in 2005. Planning to sail the world with my family..to all those exotic places..anyway since we are not that rich and we love to shares..some berth will be allocated for paying guest..welcome aboard..!

Monday, March 17, 2008

Selamat jalan adik ku.


Aku telah sampai ke lobi 'main office' untuk ke pejabat baru semasa satu panggilan yang menyedihkan telah di terima ' Assalamualaikum , Dik Ri, ni akak nak beritahu engkau, Nazri kemalangan pagi tadi, jenazah dia ada kat hospital Jempul' Nokia aku menunjukkan waktu sebagai 07.45 'O.K kak get ready, kejap lagi I sampai and pick you up' selepas mengirim beberapa e-mail untuk memberitahu yang aku tidak dapat hadzir pada hari itu, aku pun pulang untuk pergi menziarah dan menguruskan jenazah adik ipar ku. Aku sempat membantu semasa kafan jenazah nya. Bilik mandi mayat di hospital Jempul cuma boleh muat enam orang sahaja, aku terpaksa tunggu sehingga waktu kafan untuk melihat jenazah adik ipar aku tu. Agak teruk kecederaannya. 'Multiple fatal injury'. Terkenang aku saat memandikan jenazah anak saudara ku Hanif, dia juga mengalami trauma yang teruk dengan 'multiple fatal injury'. Selepas melangsaikan kos penyelenggaraan jenazah RM160.00, jenazah tersebut telah dihantar dengan kereta jenazah Hospital Jempul ke Bandar Tun Razak, Keratong.
Disebabkan keadaan jenazah yang agak udzur, kami telah sepakat untuk 'simpan' secepat mungkin, walaupun ibu aku yang juga ibu mertua Nazri masih dalam perjalanan dari Kedah, ' maaf kan aku mak, kami tak boleh tunggu lagi'. 14.00hrs, jenazah adik ipar ku selamat diuruskan dan dikebumikan.Aku keluar dari kawasan kubur sebelum talkin dibacakan, terlalu sebak hati ini. Seorang budak kecil yang sangat nakal, membesar didepan mata ku, yang aku tanggung persekolahannya, menjadi adik ipar aku, yang aku modalkan perniagaan nya, di canai dan digilap untuk menjadi seorang Towkay, kini dia telah pergi.
Adik perempuan ku menangisi pemergian suami tercinta, aku cuma berpesan kepadanya ' engkau punya masa 100 hari untuk berkabung, kita akan berbincang lagi apabila awak dah lepas berkabung, jangan buat apa- apa keputusan tentang Kejuruteraan Keratong tanpa pengetahuan abang.Give me a call, I will assist you'
Aku terhidu bau 'kapur barus' yang agak kuat semasa hampir melelapkan mata malam tadi, agak terkejut aku kerana aku memang kenal bau tersebut, mungkin aku tersilap. Selepas solat subuh, aku telah menghadiahkan kepada roh nya 'empat kul', semoga sampai kepadanya, berehat lah adik ku, kamu kini di alam Barzakh, semoga kamu dilepaskan dari siksa kubur. Kita akan berjumpa lagi di Yau mil mahsyar nanti!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home